Monday, January 28, 2008
Jadi Calon...
Bangang Betul Si Anwar...
Saturday, January 26, 2008
BN - Barang Naik vs Undi Turun
Sebagai rakyat biasa, aku jua membaca walau tak membeli semua akhbar tempatan. Kebetulan aku terbaca akhbar Harakah di bhg kartun. BN - Barang Naik tapi bukan di hotel lah seperti yang dimaksudkan dlm akhbar berkenaan.
PERIT...CUKUP PERIT. (Nasib baik aku tak dapat balik mengundi masa pilihanraya yg lalu, kalau tidak menyesal). Aku mula membeli keperluan anak2 bila mulai mempunyai anak tahun 2003. Tahun 2004 pilihanraya. Berikut barang utama anak2 yg naik.
- Drypers (XL) - dulu boleh dapat RM29 - sekarang RM34 (Tapi di kedai biasa RM37) -> terpaksalah beli yg murah jenama TESCO atau GIANT RM26. Sebulan purata perlukan 4 beg.
- Susu NAN - dulu boleh dapat RM38 - sekarang RM42 -> terpaksalah beli yg murah jugak Dutch Lady RM21=1.1kg (Tapi di kedai biasa RM23). Dulu Dutch Lady ni Harganya RM19 = 1.2kg. HARGA NAIK TAPI KUANTITI KURANG. Sebulan purata perlukan 12 beg. Kiralah...setahun berapa.
Itu belum lagi barang-barang dapur dll.
2003 anak 1 orang tapi 2006 anak dah 3 orang. Nursery pun naik tiap2 tahun RM10/sbln. Atas sebab2 tertentu terutama keselamatan (memandangkan isteri tersayang terpaksa memandu ke ofis, aku pulak tak tentu waktu pulang kerja+belajar) aku terpaksa pindahkan anak2 ke nursery paling hampir dgn rumah (dlm kaw perumahan). Pejam mata shj. Sekarang aku terpaksa bayar RM1000/sbln utk 3 orang berbanding RM700 di nursery lama. dari (nursery baru ni cakap dah naik RM60/sbln).
Untuk anak2 shj sebulan utk nursery,susu dan diaper = RM1500. Bagi mak bapak (Dua2 belah) RM500, ini sajelah yg tak naik. Nasib baik mak bapak yg disayangi memahami. Minyak kereta...paham2 lah. Walaupun cuti dah Sabtu-Ahad, sebab minyak+tol naik, jengok mak bapak dah kurang. dulu rajin jugak. Bulan nie balik Kota Tinggi, bulan depan balik Muar. Kira jerlah tol+minyak. Alhamdulillah mak bapak yg disayangi YANG DUDUK KAT KAMPUNG/FELDA!!! turut memahami. Walaupun mereka orang kampung mereka juga faham masalah anak2 dibandar. Johor jgn ingat boleh berlagak dgn "Sapu Bersih". Aku percaya walaupun tak menang, orang kampung, termasuk aku akan tunjukkan hak untuk turunkan undi "Orang yang dikatakan mewakil rakyat" sekarang.